Search

Pemain Santai

Niat hanya nak melayan cu...

  • Share this:

Pemain Santai

Niat hanya nak melayan cucu Aesya AzZahra memukul bola ping pong. Permainan ping pong memang dekat di hati saya. Pernah menjadi juara di Fakulti Syariah, Universiti Kuwait. Skil ping ping memang menghiburkan. Service. Swing ball. Smash. Returm smash. Placing.

Memang dah lama tak bermain secara serius. Diajak bermain anak saya. Saya terus menyahut walaupun berkain pelikat. Terus teringat bagaimana saya mula bermain di asrama di Universiti Kuwait. Ramai rakan2 dari Malaysia & Thailand bermain berkain pelikat sebelah malam. Ramai orang hairan. Tapi bila lihat pelajar dari Yaman pun pakai kain pelikat, kami rasa normal.

Permulaan untuk mendapat mata ialah service yang berkualiti. Bola yang dihantar biar susah dikembalikan atau dikembalikan dalam keadaan yang tanggung atau tidak dirancang. Forced return. Bola memang bulat tetapi boleh dibentuk dalam bentuk lain kalau kita latih bertubi2 menghantar bola service.

Ramai penentang saya kalah kerana bola service saya yang mengelirukan. Dalam pusingan suku akhir perlawanan ping pong di Universiti Kuwait, saya pula tumbang kerana bola service penentang saya memang berkualiti tinggi. Swing gila. Saya langsung tidak boleh mengutip mata banyak.

Kesalahan pertama; saya overestimate diri sendiri. Kesalahan kedua; saya underestimate penentang saya.

Inilah resepi kegagalan & kekalahan dalam hidup samada dalam peperangan atau mana2 konflik. Dont overestimate yourself & dont underestimate others.

Memang saya suka smash. Yang lebih menghiburkan kebolehan mengambil bola smash orang lain. Inilah kekuatan sebenar. Lebih teruja kalau boleh mengembalikan bola dengan pukulan yang mengelirukan atau dengan smash. Amazing.

Dalam kehidupan, kalau kita dikritik, kena mampu menjawab dengan tenang & kalau boleh dengan hujah2 yang lebih mantap. Tak perlu marah2. Tak perlu merendahkan orang lain. Dalam ping ping pun, tak boleh marah pemain yang buat smash laju & tajam. Ini adat permainan & pertandingan. Kalau tak bersedia bertanding, jangan masuk dalam gelanggang.

Mana mungkin bina rumah di tepi laut tetapi tak mahu kena badai ombak laut. Pelik ramai yang suka rumah cantik di tepi pantai tetapi tidak suka ombak.

MDB


Tags:

About author
not provided
Pengerusi Eksekutif Amanie Group, Presiden IIUM ke 8, Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara
View all posts